Thursday, January 14, 2010

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1431H PERINGKAT CAWANGAN (update)

Hari ini bertempat di Surau Hj Adam Kg. Bukit Tumbuh telah berlangsungnya majlis memasak bubur asyura sempena menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1431.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada ahli PAS Cawangan dan penduduk kampung.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pimpinan peringat kawasan, DUN dan UPU. Antara yang hadir ialah ADUN Bt Tunggal YB Dr. Hj Alias Abd Razak, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus Saudara M. Shukrimun Shamsudin , Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus Saudara Zakaria Dagang dan pimpinan peringkat UPU dan cawangan.


kelih sinni belake, takak gambo dulu, buleh tau sape dok mari

sure peringkat awal, baru bubuh air campur santan

selepas 3jam setengah, jadi likat. Boleh tadoh pinggan doh ni....Zaman kecik2 dulu kite tadoh ppurong nyor!

YB sudoh mari

Macam kayuh perahu di Sungai Tranung - YB dan Tuan Sayed Ketua UPU Bt Tumbuh

YB Dr Alias berbaju oren, Sdra M. Shukrimun (paling kanan) dan Sdra Zakaria sedang 'mengacau bubur sura'

Monday, November 9, 2009